Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
ROSIAH BINTI DAHLAN
Ya Allah Ya Tuhanku, tolong saya Ya Allah, hentikan rawatan psikitri ke atas saya. Saya nak jalani hidup dengan tenang. Sekiranya Allah izinkan, saya nak life bersama suami tercinta. Kurniakan Rosiah Binti Dahlan banyak kebaikan di dunia Dan akhirat. Amin Ya rabbal alamin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
ROSIAH BINTI DAHLAN
Ya Allah Ya Tuhanku, tolong saya Ya Allah, hentikan rawatan psikitri ke atas saya. Saya nak jalani hidup dengan tenang. Jika Allah izinkan, saya nak life bersama suami tercinta, hidup bahagia. Kurniakan Rosiah Binti Dahlan banyak kebaikan di dunia Dan akhirat. Amin Ya rabbal alamin.
Anda mengaminkan doa ini