Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah Ya Tuhanku, Sempena Hari Jumaat yg mulia ini, Engkau Murahkan dan luaskan rezekiku,keluargaku,saudara2, sahabat2 serta semua muslimin & muslimat sekalian.Rezeki yg mendekatkan kami padaMu Ya Allah..rezeki dari pelbagai sudut,rezeki yg tak disangka2..kurniakan rezeki supaya dpt kami melangsaikan segala hutang2 kami,bantu org,
0 orang mengaminkan doa ini
SITI NURHAURA AKMAL BINTI MOHD ZAMZURI
semoga Siti Nurhaura Akmal Bt Mohd Zamzuri sihat seperti biasa. berikan kesihatan yang baik, kuatkan iman, berikan seorang yang cerdik pandai dan menyenangkan orang tua. lindungikan haura dari maksiat dan berkawan dengan kawan yang baik. berikan la kesihatan yang baik dan elok. aminnnn
0 orang mengaminkan doa ini