JOM RAIH KEBAIKAN DI HARI JUMAAT DENGAN BERINFAQ UNTUK PEMBELIAN TANAH BAGI MEMBANTU PENDIDIKAN AGAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF MENDAPATKAN PENDIDIKAN AGAMA.
Bersempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, pihak maahad menyeru kepada saudara-saudari yang penuh kasih sayang dan kecintaan kepada akhirat agar berinfaq untuk pembelian tanah yang akan menjadi landasan bagi pembinaan maahad tahfiz. Pihak kami merencana untuk membeli sebidang tanah untuk membina tempat pengajian Al-Quran dan agama bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak asnaf dan yatim agar mereka mendapat peluang pendidikan secara percuma.
Anak-anak yang datang daripada latar belakang keluarga kurang bernasib baik ini sangat memerlukan sokongan dan bantuan kita untuk mendapatkan pendidikan yang selayaknya. Bantuan Infaq daripada orang ramai bagi merealisasikan tujuan murni ini adalah anugerah yang akan memberikan mereka tempat yang aman dan nyaman untuk mereka meraih pengetahuan agama dengan lebih baik.
Oleh itu, mulai serendah RM10 mari bersama-sama memberikan peluang yang lebih baik bagi mereka yang memerlukan, membantu mereka mengukir masa depan yang lebih cerah. Jangan lepaskan kesempatan untuk melakukan sedekah jariyah kerana ianya adalah satu amal kebaikan yang akan memberi keuntungan buat para pelakunya setelah tiada di dunia kelak.
Akhir kata, dengan wang ringgit yang Allah kurniakan ayuh manfaatkan untuk mengukir masa depan yang lebih cerah dan berkah bagi anak-anak asnaf dan yatim ini. Setiap sumbangan yang diberikan amat berharga dalam mewujudkan tempat pengajian dan juga perlindungan untuk mereka. Bersama kita bina masa depan yang lebih baik di akhirat kelak dan merangkul keberkatan daripada Allah SWT dengan menyumbang bagi infaq pembelian tanah ini.
Jom #BuatBaik!