Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 01, 2023
RM55 / 1.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad mengajak semua pihak yang prihatin untuk menyumbang ke tabung bil elektrik bagi membantu pengajian anak-anak asnaf dan anak yatim di maahad kami. Kempen ini bertujuan untuk membantu menampung kos penggunaan elektrik dalam memudahkan pelajar kami menuntut ilmu dan menjalankan kegiatan harian mereka di maahad.
Pelajar-pelajar asnaf dan yatim ini setiap hari berusaha untuk menghafal dan memahami Al-Quran yang merupakan aset yang berharga dalam ummah. Dengan memberikan bantuan kepada mereka untuk menampung bil elektrik ini, anda bukan sahaja hanya membantu mereka menuntut ilmu, tetapi juga menjadi sebahagian daripada usaha besar dalam menyebarkan ilmu dan cahaya Al-Quran.
Akhir kata, setiap sumbangan yang dihulurkan adalah langkah menuju kepada keberkatan dan keceriaan, memberikan pelajar kami keselesaan agar bersemangat dalam ibadah dan pengajian mereka. Di dalam Islam, memberikan sumbangan elektrik kepada maahad atau sekolah merupakan satu tindakan mulia yang mendatangkan manfaat kepada generasi masa depan. Semoga infaq para dermawan membawa kebaikan yang berkekalan dan menjadikan setiap pelajar lebih cemerlang dalam pembelajaran Al-Quran mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2023
HAMBA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 02, 2023