Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 14, 2023
RM495 / 2.36 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM21,000
24 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air bersih adalah keperluan asas dan sumber kehidupan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan, kebersihan, dan keselesaan para pelajar di maahad kami. Menghadirkan air yang bersih sama halnya seperti memberikan kehidupan. Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak semua pihak untuk turut serta dalam usaha kami untuk mewujudkan bekalan air bersih di Maahad kami. Dengan sumbangan ini, kami berharap bahawa pelajar kami akan dapat menikmati kebersihan, kesihatan dan keselesaan yang lebih baik sepanjang mereka menuntut ilmu di sini.
Sehubungan itu, infaqkanlah sebahagian daripada rezeki anda untuk menyokong menghadirkan bekalan air bersih di maahad tahfiz kami agar pelajar-pelajar yang berusaha memahami dan menghafal Al-Quran ini dapat memiliki akses kepada air bersih yang mencukupi untuk keperluan harian mereka. Pihak maahad berharap kerja-kerja pemasangan paip SADA dapat dijalankan secepat mungkin apabila jumlah dana yang diperlukan telah pun mencukupi.
Ini merupakan kesempatan terbaik untuk para dermawan mendapatkan aliran pahala daripada setiap titisan air yang mengalir. Hal ini kerana terdapat pelbagai keutamaan yang besar bagi yang bersedekah air. Terdapat pelbagai riwayat hadis menyebutkan keutamaan bersedekah air.
“Suatu saat Sa’ad mendatangi Nabi Saw dan bertanya; ‘Sedekah apa yang paling mengagumkan kepadamu?’ Nabi SAW menjawab, 'Sedekah air.’,” (HR Abu Daud)
Akhir kata, pihak maahad menyeru para dermawan agar saling membantu atas jalan kebaikan dan ketaqwaan. Bersamalah berganding bahu bagi menjayakan kempen ini agar para pelajar kami dapat beribadah dan belajar dengan baik bagi mengejar cita-cita mereka menjadi huffaz yang cemerlang asbab wujudnya bekalan air bersih di maahad. Semoga Allah SWT melimpahkan saham akhirat yang tidak terputus buat hambanya yang gemar membantu dan bersedekah. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 15, 2023
SARI HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 15, 2023