SADAQAH RAMADAN UNTUK MANGSA PERANG YAMAN

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
08 Feb, 2022
SADAQAH RAMADAN UNTUK MANGSA PERANG YAMAN
101.74%
RM17,296
/RM17,000
543
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Yaman telah lama sengsara akibat perang dan kelaparan hampir 8 tahun. Dengan adanya projek bakeri ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurankan impak kelarapan yang berlaku di negara tersebut.
Yaman Selangkah Ke Fasa Kebuluran. Hampir lapan tahun pertempuran antara tentera kerajaan yang disokong Pakatan Arab diketuai Saudi dengan kumpulan Syiah Houthi di Yaman. Perang ini telah mewujud...
Yaman telah lama sengsara akibat perang dan kelaparan hampir 8 tahun. Dengan adanya projek bakeri ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurankan impak kelarapan yang berlaku di negara tersebut.


Yaman Selangkah Ke Fasa Kebuluran. Hampir lapan tahun pertempuran antara tentera kerajaan yang disokong Pakatan Arab diketuai Saudi dengan kumpulan Syiah Houthi di Yaman. Perang ini telah mewujudkan apa yang disebut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.



Keganasan itu dijangka akan membunuh 377,000 orang menjelang akhir tahun ini, menurut Program Pembangunan PBB. Sementara itu, empat juta orang telah kehilangan tempat tinggal semasa pertempuran dan WFP menyasarkan 11.1 juta bantuan makanan pada November 2021. Pada bulan September, agensi itu memberi amaran bahawa 16 juta rakyat Yaman sedang menuju kelaparan.



Krisis kekurangan bantuan di Yaman menuntut kita untuk terus memberikan sumbangan melalui pelbagai saluran yang tersedia. - Al-Jazeera. Mereka bagaikan tiada pilihan dalam hidup ,sama ada mereka mati dalam keadaan kebuluran atau mati dalam peperangan.


Dari Abu Dzarr radhiyallahu 'anhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak masakan berkuah, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah tetanggamu." (HR Muslim)



Bakeri Iltizam , didirikan sejak 2017, memberi makan secara PERCUMA kepada mangsa di kem pelarian, di Sanaa dan Zabid. Seramai 1400 keluarga dibiayai melalui bakeri ini. Bantu kami pertahankan initiatif ini.


[Roti]


[Proses Pembuatan]


[Bahan Bakar]


[Penghantaran]


[Bungkusan Roti]


[Penerima Roti]


Ayuh kita memberikan sokongan kepada bakeri Iltizam agar lebih ramai nasib saudara kita dibela. Saudara kita amat memerlukan bantuan. Mereka bagaikan tiada pilihan dalam hidup ,sama ada mereka mati dalam keadaan kebuluran atau mati dalam peperangan.


Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya." (HR At-Thabrani).


Kami mengajak para dermawan, bersama Iltizam Relief, bantu memberi makan kepada mangsa peperangan di sini. 

Laporan Kempen

14 Jun 2022

Terima Kasih dengan keprihatinan anda serta kesudian memberi bantuan kepada penduduk Yaman

Pemberian ini cukup bermakna bagi mereka sepanjang Ramadan .




Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2022
MARIA
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BERI PENDIDIKAN LAYAK UNTUK YATIM DHUAFA BISA TERUS SEKOLAH
SOKONG PENDIDIKAN 50 ANAK YATIM DAN ASNAF
BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM DAN ASNAF BUAT MEREKA SERONOK BELAJAR
SEDEKAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK DI KAWASAN SUKAR DIJANGKAU
BANTUAN AL QURAN UNTUK PELAJAR TERKESAN BANJIR
Kempen Sumbangan Tamat