Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 28, 2023
RM510 / 0.26 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bersempena hari Jumaat yang penuh keberkatan pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan infaq daripada saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT. Pihak kami merencanakan untuk membeli sebidang tanah yang akan menjadi wadah pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran ini dengan matlamat utama untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak asnaf dan yatim.
Dengan adanya tanah baharu ini, kami bercita-cita untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dalam kalangan pelajar muslimat kami. Usaha ini bukan sahaja membentuk generasi yang cemerlang dalam ilmu Al-Quran, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak asnaf dan yatim untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan menjadi insan yang beriman serta berakhlak mulia.
Dengan memiliki tanah yang mencukupi, kami berharap dapat merealisasikan pembangunan yang lebih baik dan lebih komprehensif. Salah satu fokus utama adalah memastikan terdapat ruang pengajian yang selesa dan sesuai, memberikan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran Al-Quran yang lebih mendalam.
Selain itu, fasiliti yang mencukupi juga akan dapat memastikan keselesaan dan keberkesanan pengajian. Sehubungan itu, dengan tulus ikhlas dan kecintaan terhadap pendidikan agama, mulai RM10 mari berinfak bagi menabung saham jariah untuk pembelian tanah ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi langkah yang besar dalam mewujudkan impian ini.
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengucapkan terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda yang akan menjadi titik permulaan bagi generasi yang dipandang istimewa ini untuk mencapai kecemerlangan mereka dalam pengajian Al-Quran. Semoga Allah SWT membalas dengan keberkatan dan memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada setiap penyumbang. Jazakumullahu khairan kathira.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 01, 2024
AFIDA BUANG(EENNFMLY)
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2023