DANA MEMBELI BANGUNAN PERLINDUNGAN ANAK YATIM DAN ASNAF

RM542,121 / 100.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM542,000

17142 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH JALINAN KASIH ANAK YATIM MISKIN SELANGOR BERHASRAT MEMBELI SEBUAH BANGUNAN 3 TINGKAT DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF YANG MENUMPANG KASIH DISINI.


Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor telah diusahakan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Ella atau lebih mesra Ibu Ella bertempat di Cheras pada tahun 2010. Mereka ini terdiri daripada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa seksual dan ibu tunggal. Kebanyakan mereka dihantar kesini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kini sejumlah 53 penghuni yang menetap disini.



Inilah anak-anak yang menghuni di Rumah Jalinan Kasih


“Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut).”



Sejak usia kecil dah belajar untuk suap makan dengan sendiri


Cuba bayangkan, kalau wajah-wajah ini adalah anak-anak anda sendiri. Sifat kasih ibu Ella yang tidak sampai hati melihat, apa lagi membiarkan anak-anak yang tidak berdosa ini diabaikan begitu sahaja. Malahan, ibu Ella terpaksa membawa pulang sebilangan anak-anak ini tidur di rumah ibu Ella sendiri ekoran Rumah Jalinan Kasih yang semakin padat. Bahkan rumah ini kelihatan tidak mempunyai ciri keselamatan yang sesuai buat mereka.



Keadaan ruang tidur yang sempit dan ada yang terpaksa tidur dilantai


Dana Bantuan Pembelian Rumah Perlindungan Baru.


Rumah kedai 3 tingkat ini (bangunan yang bercat) akan dijadikan sebagai bangunan kekal bagi menempatkan anak-anak ini. Bangunan ini yang bekas tempat asuhan sangat sesuai buat mereka kerana tempatnya yang lebih luas dan mempunyai ciri keselamatan yang lengkap.



Bangunan ini akan dijadikan penempatan kekal


Namun bagi pembelian bangunan baru ini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana harga bangunan ini mencecah RM1.8 Juta. Wang pendahuluan pula mencecah RM180,000 yang mempunyai tempoh bayaran sehingga januari 2023 sahaja dan baki yang lain perlu diselesaikan sebelum akhir tahun 2023.


Inilah bantuan yang ibu Ella perlukan kerana ibu Ella sendiri tidak mampu menanggung kos yang tinggi ini. Impiannya ini untuk memberi penempatan kekal buat anak-anak disini dan memberi harapan buat mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Melihat wajah anak-anak ini gembira pun dah cukup bermakna disamping mahu melihat mereka berjaya.



Kebajikan anak-anak di sini terjaga dengan baik


Jom bantu usaha ibu Ella


Justeru itu, Pihak ibu Ella dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama bagi membeli rumah kedai ini dengan harapan anak-anak yatim dan asnaf ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang. Selain itu, dengan dana ini juga akan kami gunakan untuk pembelian prasarana bangunan dan kelengkapan yang lebih berkualiti untuk menambah lagi kemudahan yang masih tak cukup sekaligus memberi keselesaan buat mereka.



Tapi siapa yang tahu disebalik senyuman ni tersembunyinya 1001 perasaan


InshaaAllah, dengan sekecil RM100 daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.”


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, anda yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Rumah Jalinan Kasih. Puan Ella di talian 012-3600276 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat: No 2, Jalan Megah 31 Taman Megah Batu 10 43200 Cheras Selangor, Cheras, Selangor, Malaysia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUTERI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 22, 2023

UMAR BIN ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat