Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Bismillah, Allahuakbar Ya Allah ampun dosa2ku,ibu bapaku,suamiku,adik beradikku anak2 guru2 ku muslimin Muslimat sekalian nya ●Ya Allah ku mohon kau mudahkan/ selesaikan urusan pusaka kluargaku dgn sebaik2 kesudahan ● permudah segala urusannya penjualan & pembelian rumah kami. ,● izikan lah aku,suami dan kluargKu menjejakkan kaki ke baitullah, mengerjakan haji & umrah serta menziarahi Rasulullah
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, jadikanlah kami seperti mereka, suka berkongsi manfaat buat yang lain tanpa rasa takut berhabis,berkongsi tanpa rasa dengki, berkongsi tanpa rasa risau semakin sikit, berkongsi kerana Engkau Maha Pemberi Nikmat..Ya Allah permudahkan dan tabahkn lh kami dari segala rintangan dan halangan dlm kehidupan didunia & akhiratmu Ya Allah..
Anda mengaminkan doa ini