Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

MD ALI BIN IYAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami. Hanya Engkau sahaja Yang Maha Mendengar Lagi Maha Pengampun. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, terimalah amalanku, taubatku, berikanlah aku kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati oleh mu, amiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NAJAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah mudahkanla segala urusanku di dunia dan di akhirat..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan smoga murah rzeki saya utk berkahwin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kau terimalah segala amal ibadahku, taubatku, berikanlah aku kesihatan yang baik dan berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah dan diberkati olehmu.. amiinnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah kurniakan lah kami rezeki yang luas dan kesihatan yang baik. Semoga saya mendapat zuriat satu hari nanti amin . ??

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: