Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah berikan kejayaan Pada PPIM Bersatu Teguh!

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YaAllah ampunkan dosa kedua ibu bapa kami dan haramkan mereka dari panas api neraka. Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami keluarga yang baik dengan penuh kasih sayang, rezeki yang baik, perkerjaan yang baik, kawan2 yang baik, ilmu yang baik, kesihatan yang baik, dan pengakhiran yang baik...Aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Ghafur ampunkan dosa2 kedua ibubapaku, diriku, suami, anak2, keluarga & muslimin muslimat. Limpahkan rezkiku seluas lautan, langit & mengalir tanpa henti spti air zam2, sihat selalu.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Dikau cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku Almarhumah Rosmah bt Ismail.Ya Allah,Dikau ampunilah segala dosa ibuku semasa hayatnya.Ya Allah,Dikau hisablah ibuku dgn seringan² penghisaban.Amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahim. Kurniakanlah rezeki yg luas. Halal kan lah mata pencarian kami. Rahmati lah kami d dunia yang sementara ini

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: