PERTUBUHAN KEBAJIKAN NURHATI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Aktif sejak Sep 28, 2021

Tentang Penganjur

PKNH telah didaftar pada 20 April 2007 dibawah Pertubuhan Malaysia NO. PPP:SEL0514/04[6] NO. PPM:2425/04 NO. SYARIKAT:0748-7 SEL.

KENAPA PKNH WUJUD?

 

Wujudnya PKNH akan memberi jalan yang lebih baik bukan jalan untuk mendorong melakukan gejala sosial yang negatif, tidak, tetapi penyelesaian bagi masalah pembuangan bayi dan gejala bunuh diri yang meruncing dikalangan remaja sekolah yang berbangsa Melayu beragama Islam serta penganiayaan warga emas yang dibiarkan tanpa diberi perhatian yang sewajarnya oleh anak-anak mereka.

 

APAKAH KONSEP RUMAH PKNH?

 

Konsep rumah PKNH adalah kekeluargaan. Mereka akan diberikan peluang kedua kepada mereka ini untuk mendapatkan pendidikan asas agama yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah saw.

 

APAKAH YANG HENDAK DI PUPUK DI PKNH?

 

Di sini sahsiah mereka perlu dipupuk dan dibentuk semula dan diterapkan nilai Islam yang murni dan hidup dengan mencintai Allah dan RasulNya terlebih dahulu dan nilai-nilai yang dianjurkan di dalam Islam iaitu hidup berkasih sayang. 


           

Buat pengetahuan semua rumah perlindungan ini telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dan telah menempatkan 50-100 orang asnaf termasuk anak-anak yatim , anak-anak yang di tinggalkan oleh penjaga ( anak tidak sah taraf )  , ibu tunggal ,muallaf dan ibu-ibu yang mengandung di luar pernikahan.

 

Sesetengah kes di Nurhati adalah kes-kes transit, walaubagaimanapun kebanyakkannya adalah kes kekal yang mana Nurhati menjadi tempat mereka memulakan hidup baru dan anak-anak kecil terus membesar menjalani kehidupan di nurhati sehingga kini .Jumlah keseluruhan mereka lebih kurang 50 orang dan dengan kadar penghuni yang ramai Nurhati terpaksa menyewa 3 buah rumah sekaligus yang mana ini memakan perbelanjaan yang banyak.

 

Perancangan Rumah Perlindungan Nurhati telah lama dicadangkan namun dengan pelbagai kekangan terutamanya kewangan ianya masih belum dapat direalisasikan.

 

Baru-baru ini pada 1 September 2021, pengasas Nurhati Pn.Noor Jamaliah Bt Sharifudin telah menghembuskan nafas terakhirnya dan daripada detik itu saya Lt. Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Bin Mohamad Shah dan barisan ajk Nurhati merasakan hal ini perlu disegerakan demi menjamin masa depan penghuni Nurhati terutamanya anak-anak Nurhati sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada kami supaya nasib mereka terbela.

 

Disamping itu , dengan kadar permohonan kemasukan ke Nurhati yang tinggi sudah masanya kami mempunyai bangunan sendiri supaya lebih ramai lagi mendapat manfaatnya dan alhamdulillah ada pihak yang telah berbesar hati telah mewakafkan tanah kepada Nurhati.


Matlamat pembinaan Nurhati ( Rumah Perlindungan dan tahfiz asnaf)

 

1.     Berpindah daripada rumah sewa kepada bangunan tetap supaya mendapat ruangan yang lebih sesuai yang tidak mengganggu kawasan kejiranan dengan bunyi riuh anak-anak dan menjimatkan kos sewa.

 

2.     Ruang yang lebih selesa untuk penghuni terutamanya anak-anak untuk mereka membesar secara sihat daripada sudut mental dan fizikal.

 

3.     Mewujudkan ruang ilmu yang lebih baik untuk penghuni.

 

4.     Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat seperti ruang bermain yang lebih sesuai untuk anak-anak pelbagai peringkat umur.

 

5.     Memulakan operasi perniagaan untuk menjana dana untuk kos penyelenggaran Nurhati selain daripada Nurhati Market yang berjalan secara maya akibat daripada pandemik ini.

 

6.     Dengan itu, ruang pekerjaan juga dapat diwujudkan untuk membantu asnaf-asnaf Nurhati menampung perbelanjaan sendiri.

 

Akhir kata, moga pembinaan rumah ini terlaksana dengan bantuan semua pihak dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

 

no 2,Jalan Rasmi 11,Taman Rasmi Jaya 68000 Ampang,Selangor , 68000, ampang, Selangor, Malaysia
rpknurhati@gmail.com
01132313138

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

YA ALLAH, KAU MUDAHKANLAH URUSAN PEMBINAAN RUMAH ASNAF INI.BERKAT SUMBANGANKUVKAU AMPUNILAH SEGALA DOSAKU DAN KELUARGAKU.AMIN.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,England rahmati dn jadikn hidup kami penuh dgn cahaya iman, mnerangi kegelapan hati kami nenuju redha serta kasih syg MU.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan usaha murni ini... Ya Allah, lindungilah penghuni2 rumah Nurhati dan semua muslimin & muslimat di muka bumi ini... Peliharalah iman kami...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga saya dikurniakan rezeki yg tdk tersangka agar saya blh melangsaikan kedua dua loan rumah saya..aminnnnnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Untuk arwah ibu hjh napsiah bt ismail,ayah hj kormin b.abas, abg zakaria b.kormin semoga ditempatkan bersama2 org yg beriman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Al Fatihah buat Allahyarham Suamiku Sup'at bin Sudirman, ibuku Hajjah Junaidah Binti Mohd Hassan Dan Ayahku Abdul Aziz Bin Abdullah. Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatasmu duhai Sayangku. Ameen 🤲🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: