Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.
Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.
Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.
Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.
Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan âGenerasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.
Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:
KOS OPERASI SEKOLAH 2023
2. Gaji pekerja: RM16,800
3. Utiliti: RM5,000.00
4. Rencam: RM3,000.00
5. Program : RM5,000.00
6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)
RM53,760
MUHAMAD ASSRAQ BIN DOLMADZI
Bismillahirohmanirrahim.. semoga apa yg disumbangkan serba sedikit dapat memberi kesenangan keatas diri sy sendiri dan org yg memerlukan. Semoga Allah murahkan rezeki untuk saya dan para penyumbang yang lain agar dapat memberi sumbangan lagi di masa hadapan.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Aku berdoa pada Allah kau lapangkan lah kubur arwah ayahku , semoga ditempatkan rohnya dikalangan org yg beriman . Juga utk keluarga kecilku semoga sentiasa diberi kesihatan , keberkatan , dipanjangkan umur , diberi keselamatan dan dalam rahmat Allah selalu. Tidak lupa juga dipanjangkan usia dan dirahmati kedua ibubapaku agar dapatku berbakti lagi dengan mereka aminn
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah permudahkan segalanya..doakan untuk ibu Saya bayah binti Haji safri dan buat arwah ayah Saya OGEEMIN bin Amin..semoga keluarga kecil kami selalu dilindungi oleh Allah SWT.. permudahkan lah reseki kami dan matikan kami dalam hisnulkhotimah.. aamiin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini