Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.
Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.
Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.
Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.
Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan âGenerasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.
Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:
KOS OPERASI SEKOLAH 2023
2. Gaji pekerja: RM16,800
3. Utiliti: RM5,000.00
4. Rencam: RM3,000.00
5. Program : RM5,000.00
6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)
RM53,760
ZULIYANA BINTI ZIZAN
Doakan saya bersatu kembali dengan ank2 saya yang ada dalam jagaan kebajikan masyarkat,saya rindu kan mereka..😭,sudah 4 tahun tak pernah jumpa..doakan juga saya diperluas rezeki,ayah dan mak saya sihat selalu juga diampunkan dosa2 mereka..
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga saya, anak2, suami & keluarga sentiasa dlm keadaan sihat cergas & cerdas. Semoga anak2 saya juga menjadi hafiz & hadizah. Menjadi ank2 yg beriman soleh & solehah. Berjaya dunia & akhirat. Bagitu juga ank2 di tahfiz. Amin..
Anda mengaminkan doa ini