Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
Hamba Allah
Ya Allah makbulkan segala doa2ku semoga infaq ini mgalir sehingga ke akhirat kelak, berikan keselamatan kepada suami, anak Dan seluruh keluarga kami. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di Dunia Dan akhirat, matikan kami dlm husnul khotimah Dan syahid. Tetapkan Iman Dan hati kami kepada Islam sehingga Akhir nyawa kami, lindungi & selamatkan kami Dr Dajjal & yajuj majuj. Kurniakan syurga utk kami
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Ameen
Anda mengaminkan doa ini