Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
NUR ASYRAF
Ya Allah ampunilah segala dosa dosa kami dan redha kan lah syurga FirdausMu buat kami sekeluarga tanpa dihisab bersama Mak Ayah serta suami dan anak ank dan keluarga kami dan semua insan yg kami kasihi ya Allah.. Ya Allah Kau lindungi dan peliharalah zuriat keturunan kami walau di mana jua mereka berada agar sentiasa beramal soleh pdMu.. Amen Amen Ya Rabbal Alamin..
0 orang mengaminkan doa ini
AHMAD RIDZA BIN NORDIN
1. AMPUNKAN DOSA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT 2. DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA UMAT SELURUH DUNIA 3. LAPANGKAN SEGALA KESULITAN DAN KESEDIHAN UMAT SELURUH DUNIA 4. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI DUNIA DAN AKHIRAT 5. AAMIIN...
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya ALLAH luaskan rezki ku sekeluarga.sembuhkan Lah penyakit ku.Berikan keberkatan dalam hidup kami.Ampuni dosa2 kami Dan kedua ibu,Bapak kami,terang kan lah minda ku,fasih kan lah lidah menyebut Dan membaca Kalam mu.Mati kan kami dalam Husnul Khotimah Dan masuk kan kami ke Syurga Firdaus...Amin.
0 orang mengaminkan doa ini