Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
Hamba Allah
Didoakan supaya pembinaan ini berjalan dengan jayanya dan lancar. Doakan untuk saya juga semoga menjadi insan yang baik dan dapat berbakti kepada orang tua khususnya, dan berjaya didunia dan diakhirat. Saya dalam fasa mencari kerja, doakan saya dipermudahkan urusan.
0 orang mengaminkan doa ini
MUHAMMAD ZAFRIL BIN DAUD
Ya Allah, ada dikalangan kami yang sedang melawan sakit Dan penyakit, berikanlah kesembuhkanlah Dan hapuskanlah dosa2 mereka ya Allah, ada dikalangan kami yg sedang susah, bantulah mereka ya Allah, ada dikalangan kami yg bersedih hati, berikan ketenangan dan redha kpd mu Ya Allah,
0 orang mengaminkan doa ini
HAYATIE BINTI ARIF
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa dan kekhilafan kami yang lalu,terima dan berkatilah amal ibadah kami yg tidak seberapa ini.Masukkanlah kami semua ke dalam syurgaMu tanpa dihisab dan jauhilah kami dr azab api neraka..Aaamiin Yra
Anda mengaminkan doa ini