Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Hamba Allah
Bismillahirahmanirahim. Ya Allah, sempena Hari Arafah, ni aku pohon berkat sedekah kecil, mendapat redha mu, dipermudahkan urusan ku dan keluargaku. Hilang resah gelisahku dalam ibadah ku, urusan jodohku, kerjayaku, dunia akhirat ku dan keluargaku. Haram kan API nerakamu dari menyentuh ibubapaku. Dan aturkan hidup kami membawa kami ke Jannatul Firdaus mu ya Allah, aamiin.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah di pagi 9 Zulhijjah ini bersempena dengan Hari Arafah Kau kurniakanlah Aku dan isteri zuriat serta keturunan yang soleh dan solehah. Zuriat yang menjadi penyejuk hati dan kebanggaan bagi agama bangsa dan keluarga kami. Ampunkanlah segala dosa kami dosa kedua ibu bapa kami dosa ahli keluarga kami dan dosa semua ummat seagama kami. Makbulkanlah doa kami dan tunaikanlah hajat2 kami. Aamiinn.
0 orang mengaminkan doa ini