Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NURHATI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
Dimulakan pada Oct 31, 2022
RM315,215 / 100.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM315,000
13817 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum wbt. Menjadi anak-anak yatim ini, kita tidak mampu membayangkan betapa perit dan sukarnya mereka membesar tanpa limpahan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Menjadi mereka, terlalu banyak saat dan bibit kehidupan mereka yang tidak lengkap dengan saat-saat bahagia bersama keluarga. Malahan ada di antara mereka di Rumah Perlindungan Nur Hati ini yang pada mulanya sudah dibuang dan diabaikan sejak kecil.
Anak-Anak Nur Hati Yang Sedang Menunggu Giliran Untuk Membaca Al-Quran.
Dalam realiti dan keadaan itukah kita mahu melihat mereka membesar? Atau dalam realiti dan keadaan itu sahajakah yang menjadi nasib mereka sehingga mereka membesar kelak? Allah SWT menciptakan manusia untuk berkasih sayang antara sesama manusia dan atas sebab itu sifat dan nilai kasih sayang itu dicipta, diterbitkan dalam setiap diri manusia.
Rumah Kini Yang Sedang Disewa Mempunyai Ruang Yang Terhad.
Justeru itu, Pertubuhan Kebajikan Nur Hati diwujudkan untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak-anak ini. Anak-anak yatim, tidak sah taraf dan anak-anak asnaf dihimpun dan dilindungi di sini. Pertubuhan Kebajikan Nur Hati berusaha memberi segala yang termampu untuk memberi perlindungan yang sempurna dan selesa supaya kasih sayang di antara kami dapat dipupuk dan disemai di rumah yang tidak seberapa ini. Walaupun kami tahu mungkin kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak mampu menutup luka lama mereka, tapi hati kami mencapai makna kebahagiaan melihat mereka tersenyum dan ketawa gembira.
Anak-Anak Nur Hati Diterapkan Dengan Ilmu Agama Sejak Kecil Lagi.
Namun, langit tidak selalu cerah kerana rumah yang menempatkan anak-anak yatim ini sudah semakin sempit kerana penambahan penghuni baru dan melihat mereka tidur berhimpit menimbulkan rasa kesal kepada kami kerana kami rasa gagal membekalkan rumah perlindungan yang selesa buat anak-anak yatim ini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
RAZALI WAN DAUD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
ADILA BINTI MOHAMED MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
ADILA BINTI MOHAMED MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022