Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 02, 2023
RM40 / 1.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mari kongsi kebaikan dan kasih sayang dengan memberikan infaq untuk menghadirkan sebuah mesin penapis air kepada pelajar tahfiz miskin dan yatim. Adanya kemudahan fasiliti ini mereka akan dapat mengakses air minuman bersih yang sangat diperlukan untuk kehidupan mereka sehari-hari dan juga untuk menghafal Al-Quran dengan tenang dan fokus.
Sehingga kini terdapat 22 orang anak yatim dan 30 orang anak-anak asnaf yang ketika ini sedang menuntut di maahad kami. Sumbangan para penyumbang ini akan menjadi anugerah berharga bagi anak-anak kesayangan Rasulullah SAW di maahad kami dan memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk mengejar ilmu agama.
Mulai RM10, mari bantu sediakan mesin penapis air bagi para penghafaz Al-Quran untuk kemudahan ibadah dan pengajian mereka. Sedekah jariyah ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada mereka kerana setiap titis air yang bersih yang mereka nikmati adalah hasil dari kebaikan para dermawan. Jazakumullahu khairan jaza
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
LILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2023