Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 14, 2023
RM130 / 4.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad memohon sumbangan infaq ikan segar kepada semua saudara-saudari yang prihatin untuk membantu menyokong keperluan nutrisi 75 orang pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Ikan adalah salah satu kurniaan Allah kepada manusia yang mempunyai sumber protein berkualiti tinggi yang akan memberi manfaat kepada kesihatan dan perkembangan para pelajar kami semasa menjalani pengajian mereka di maahad.
Pelajar-pelajar kami di sini bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu agama dan pengajian Al-Quran. Kami percaya pemakanan yang baik adalah kunci kepada kejayaan mereka. Dengan adanya sumbangan ikan segar daripada anda, kami dapat menyediakan hidangan yang berkhasiat dan seimbang untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan mereka.
Dalam tempoh seminggu, sebanyak 40 kilo ikan diperlukan untuk memenuhi keperluan makanan para penuntut di maahad kami. Oleh itu, mari bersama-sama menjalin kebaikan hati untuk membawa kegembiraan kepada para pelajar kami, yang majoritinya adalah anak-anak asnaf dan yatim. Kegembiraan yang kalian hadirkan dapat merangsang semangat mereka agar terus gigih berjuang dalam medan pengajian agama di maahad.
Akhir kata, jazakumullahu khairan jaza atas keperihatinan dan sokongan daripada para dermawan. Sumbangan yang diberikan ini dapat membawa sinar kebahagiaan kepada hati-hati para pelajar kami yang memerlukan. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang turut serta menyumbang dalam usaha kebaikan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2023