Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 10, 2023
RM20 / 0.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
2 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengadakan kempen sumbangan permohonan untuk sumbangan infaq van yang akan digunakan untuk membawa para pelajar tahfiz ke masjid pada setiap hari Jumaat untuk menunaikan solat Jumaat. Sumbangan infaq van ini adalah kebaikan yang kami yakini akan memberikan manfaat kepada para pelajar kami dan juga buat para penyumbang.
Allah SWT memberikan perhatian yang istimewa kepada hari Jumaat dengan membuka pintu rahmat-Nya dan mengirimkan malaikat untuk mencatat nama-nama orang yang hadir dan mendengarkan khutbah. Solat Jumaat adalah waktu yang penting untuk mendapatkan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.
“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.” (Hadis Riwayat at-Thabrani)
Akhir kata, mari kita rebut keutamaan ganjaran di hari Jumaat dengan berinfaq mulai RM10 bagi mendapatkan sebuah van untuk kegunaan para pelajar di maahad untuk menunaikan solat Jumaat. Sumbangan kalian nanti akan digunakan untuk pembelian sebuah van bagi kegunaan pelajar untuk menunaikan solat Jumaat dan untuk kos penyelenggaraan bulanan van tersebut bagi memastikan van sentiasa dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Semoga Allah menggantikan dengan harta yang diinfakkan dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak. Jazakallahu Khairan Jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2023