Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 30, 2023
RM110 / 3.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pendidikan adalah harta yang paling berharga dan pihak maahad memohon bantuan infaq daripada saudara-saudari yang dirahmati Allah untuk menjadikan harta ini milik anak-anak yatim dari Pulau Langkawi yang sedang menuntut di maahad kami. Oleh itu, mari hulurkan sumbangan bagi mewujudkan impian anak-anak yatim ini mengejar cita-cita mulia mereka agar kalian dapat berjiran bersama Rasulullah SAW di syurga kelak.
Tujuan kempen ini diadakan adalah sungguh mulia iaitu memberikan peluang kepada anak-anak yatim untuk menuntut ilmu agama dan menghafaz Al-Quran. Hal ini juga bertujuan memberikan mereka peluang memiliki masa depan yang berkah dalam kehidupan. Dengan penyampaian infaq dan sokongan yang diberikan dapat membantu mereka mencapai matlamat dan cita-cita ini dengan lebih mudah.
5 daripada 22 orang anak-anak yatim yang sedang menuntut di maahad kami berasal daripada Pulau Langkawi. Mereka bukan sahaja anak yatim, tetapi, juga datang daripada latar belakang keluarga yang susah dan miskin namun mempunyai cita-cita yang sungguh mulia. Sehubungan itu, dengan nikmat harta yang ada mari bersama-sama menyumbang bagi menerangi masa depan mereka ini dengan cahaya ilmu dan ketakwaan.
Akhir kata, dengan sokongan daripada dermawan yang prihatin akan memberi peluang kepada anak-anak yatim ini untuk mendapatkan pendidikan agama dan menolong mereka menjadi huffaz Al-Quran. Ini adalah satu usaha mulia yang akan memberi manfaat kepada mereka dan ummah pada masa akan datang. Semoga Allah membalas kebaikan semua yang menyumbang dan membantu dalam usaha ini. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 31, 2023