Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 19, 2023
RM170 / 1.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan tulus dan rendah hati memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk menjayakan projek pembinaan bilik pengajian dan ulangkaji kepada pelajar kami. Bilik pengajian ini adalah satu usaha penting dalam membina generasi pelajar tahfiz yang berilmu dan beramal serta menjadi peluang bagi mereka untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.
Projek pembinaan bilik pengajian masih dalam pembinaan. Namun begitu, pihak maahad masih kekurangan dana untuk meneruskan projek ini. Pihak maahad sangat mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah untuk melakukan pelaburan akhirat dengan kami untuk kita sama-sama membangunkan bilik pengajian buat para pelajar tahfiz yang datang daripada golongan asnaf dan anak-anak yatim. Diharap dengan bantuan anda semua, projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Menuntut ilmu merupakan ibadah yang mulia dan agung. Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Akhir kata, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat berinfaq RM10 bagi membantu anak-anak tahfiz asnaf dan juga anak-anak yatim di maahad ini dapat menambah ilmu dengan kewujudan bilik ulangkaji yang selesa. Bilik ini akan menempatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan yang mencukupi, insyaAllah. Semoga Allah memudahkan jalan para penyumbang ke syurga kelak dengan asbab bantu menyediakan fasiliti yang selesa dan kondusif di maahad agar anak-anak soleh ini bersemangat untuk menuntut ilmu.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ADAM FAISAL AL FIRAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023