Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 20, 2023
RM215 / 1.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM19,700
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad tahfiz ingin memohon sumbangan daripada para dermawan yang dirahmati Allah SWT untuk mendukung kerja-kerja pemasangan paip air bersih SADA di maahad. Situasi di maahad sekarang ini adalah bekalan air bersih di maahad kami terhad oleh kerana kekurangan wang ringgit untuk memasang paip dari SADA disebabkan kosnya yang tinggi. Oleh itu, pihak maahad amat mengalu-alukan sumbangan infaq untuk menjayakan projek pemasangan paip air bersih di maahad.
Dalam Islam, air memiliki peranan yang sangat penting dalam menjalankan ibadah seharian seperti wudhu, mandi dan lainnya. Oleh kerana itu, membantu orang yang kurang beruntung seperti anak-anak asnaf dan yatim agar mudah mendapat akses air bersih untuk beribadah dan menuntut ilmu adalah tindakan yang sangat mulia dan dianjurkan dalam Islam.
Rasulullah SAW telah mengajarkan pentingnya sedekah air dan pahala daripada kebaikan ini boleh diniatkan untuk kedua orang tua kita yang telah meninggal kerana ia sebuah amal baik yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ini adalah cara untuk berbuat baik kepada sesama manusia dan untuk meraih pahala daripada Allah SWT.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kemurahan hati para penyumbang yang membantu untuk merealisasikan projek ini. Kami berharap kerja-kerja pemasangan paip air dapat dilaksanakan secepat mungkin setelah dana yang diperlukan mencukupi agar operasi harian dan pengajian para pelajar untuk menuntut ilmu serta beribadah dapat berjalan dengan lancar. Semoga Allah SWT meluaskan pintu rezeki dan memberikan ganjaran terbaik atas kebaikan yang kalian berikan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2023