Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.
Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.
Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin
1 orang mengaminkan doa ini