MARI BERINFAQ BAGI PEMBINAAN BILIK PENGAJIAN UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK ASNAF DAN ANAK YATIM BERJIHAD MENUNTUT ILMU. SEMOGA KEBAIKAN KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT.
Pihak maahad ingin memohon sumbangan infaq daripada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk projek pembinaan bilik pengajian yang akan memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar kami. Pihak maahad sehingga ke saat ini masih berusaha untuk menyediakan fasiliti pengajian yang selesa bagi memastikan pelajar kami dapat belajar dengan persekitaran yang maksimum keselesaan.
Dengan mendapatkan persekitaran pendidikan dan ilmu agama yang selesa, pelajar-pelajar ini akan dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dengan lebih baik di maahad. Suatu hari nanti anak-anak tahfiz ini akan menjadi duta-duta yang membawa cahaya ilmu dan kebaikan kepada komuniti mereka setelah mereka tamat pengajian kelak.
Projek ini memiliki keutamaan yang besar dalam membantu pelajar-pelajar kami menambah ilmu pengetahuan, terutamanya ilmu agama yang akan membentuk mereka menjadi generasi ulul albab yang cemerlang dan beriman. Menuntut ilmu merupakan satu amalan yang mulia kerana malaikat sentiasa meletakkan sayap redha kepada penuntut ilmu dan seluruh hidupan langit dan bumi termasuk ikan di laut sentiasa mendoakan keampunan kepada golongan ini.
Akhir kata, mulai RM10 mari bergandingan dalam usaha mulia ini bagi merealisasikan impian maahad menyiapkan bilik pengajian ini secepat yang mungkin. Sebagaimana kemuliaan dunia akhirat sentiasa memayungi golongan yang berilmu dan menuntut ilmu begitu juga terhadap ahlul sedekah yang berinfaq bagi perkara kebaikan dalam mewujudkan tempat pengajian yang kondusif kepada anak-anak yang sedang belajar Al-Quran dan agama.
Jom #BuatBaik!