Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 17, 2023
RM135 / 2.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon bantuan infaq kepada semua muslimin dan muslimat yang prihatin terhadap pendidikan dan keselamatan pelajar untuk kos baik pulih bumbung asrama di maahad. Keadaan bumbung asrama yang rosak dan uzur memberikan ketidakselesaan dan dapat menimbulkan risiko keselamatan buat para pelajar terutamanya ketika hujan lebat turun.
Asrama di maahad ini dihuni oleh 20 orang pelajar kebanyakannya datang daripada keluarga asnaf dan anak-anak yatim yang sedang berusaha gigih untuk memahami dan menghafal Al-Quran. Mereka adalah harapan dan generasi masa depan ummah. Keadaan bumbung yang rosak dan uzur menyebabkan asrama para pelajar selalu berlaku kebocoran setiap kali hujan turun. Di sini kami sertakan gambar keadaan siling dan asrama yang berlaku kebocoran pagi ini semasa hujan turun dengan lebat sejak awal pagi.
Oleh itu, pihak maahad memerlukan sumbangan daripada saudara-saudari yang prihatin bagi membantu memperbaiki bumbung asrama dalam rangka mencipta persekitaran maahad yang selamat dan selesa untuk pelajar kami. Ini adalah peluang keemasan untuk berbuat kebaikan kepada mereka yang berusaha mengejar ilmu agama dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
Setiap sumbangan yang diberikan untuk kerja-kerja baikpulih bumbung asrama ini adalah satu pelaburan akhirat yang akan membantu melahirkan generasi huffaz dan penjaga Al-Quran yang akan membawa cahaya ilmu agama dalam masyarakat. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran yang melimpah di dunia dan akhirat serta usaha ini diberkati dan dimudahkan. Jazakumullahu khairan jaza atas sokongan kalian yang amat bermakna.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2023