Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 10, 2023
RM250 / 3.57 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air adalah anugerah Allah yang memiliki peranan penting dalam melaksanakan ibadah kita kepada Allah SWT. Dengan adanya bekalan air yang mencukupi, kita dapat menjalankan ibadah dan aktiviti harian dengan khusyuk dan nyaman. Oleh itu, pihak maahad menyeru saudara-saudari yang dermawan untuk menyumbang bagi membantu pembinaan tapak tangki air agar keperluan air harian para pelajar kami di sini dapat dipenuhi dengan baik untuk mereka menuntut ilmu.
Hasil sumbangan daripada para penyumbang dari kempen-kempen yang lalu pihak kami berjaya membeli sebanyak 4 buah tangki air di maahad kami. Namun, sehingga kini pihak kami masih belum mempunyai dana yang mencukupi bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan tapak tangki air ini. Kedudukan tangki air yang tinggi amat penting bagi memastikan pengaliran tekanan air sentiasa berada pada tekanan yang normal.
Di kawasan Pekan Ayer Hitam ini kerap kali berlaku masalah tekanan air yang rendah dan gangguan bekalan air. Bagi mengatasi masalah ini, selain menyimpan air di dalam beberapa tangki air penGgunaan pam, kedudukan tangki air yang tinggi juga memainkan peranan penting. Ini kerana kegiatan harian para pelajar seperti bersuci, membersihkan diri dan berwuduk dapat berjalan dengan lancar dengan adanya akses air yang baik di maahad.
Akhir kata, marilah bersama-sama menjadikan hari Jumaat yang penuh berkah ini sebagai peluang untuk berbuat baik menjayakan kerja-kerja pembinaan tapak tangki air ini untuk memberikan akses kepada air bersih yang sangat diperlukan oleh para pelajar kami yang sedang gigih mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Semoga apa yang diinfaqkan menjadi manfaat berterusan buat para penyumbang dan juga buat para pelajar yang menuntut di maahad kami.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023
NOR AZLIN NORDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023