Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 25, 2023
RM37 / 1.23 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
2 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengajak saudara-saudari agar bersama-sama meluangkan waktu untuk memberikan sedekah barang-barang basah kepada para pelajar tahfiz yang memerlukan. Ayuh bergandingan tangan dalam berkongsi berkah dan rahmat Allah, dengan harapan amal baik ini akan membawa kebahagiaan dan keberkahan kepada anak-anak asnaf dan yatim yang kurang bernasib baik.
Untuk tempoh seminggu sebanyak 40 kilo ikan, 20 kilo daging dan 40 ekor ayam yang diperlukan untuk memenuhi keperluan makanan harian bagi 70 orang pelajar di maahad kami. Oleh itu, dengan hati yang penuh kasih sayang ayuh memberikan mereka makanan yang mencukupi dan seimbang, sehingga mereka dapat belajar dengan penuh semangat dan fokus untuk menggapai impian mereka dengan penuh keyakinan.
Rasulullah ﷺ telah dengan bijaksana mengajar kita bahawa memberi makan kepada orang yang lapar akan mendatangkan pahala, seperti pahala bagi orang yang berpuasa, bahkan lebih besar lagi. Dengan perbuatan baik ini, para dermawan telah mengumpulkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Akhir kata, pihak maahad ingin mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan yang tulus hati telah berkongsi kebahagiaan dengan anak-anak tahfiz ini. Sedikit atau banyak, sumbangan yang diberikan mampu mengukir senyuman kegembiraan di wajah bakal para huffaz ini. Semoga Allah membalas kebaikan ini dan memberikan berkah yang melimpah dalam kehidupan kalian.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM12.00
Oct 26, 2023