Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 05, 2023
RM145 / 4.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Nurul Hidayah dengan rendah hati dan tulus ikhlas mengalu-alukan sumbangan dari pihak muslimin dan muslimat yang prihatin untuk dana perubatan pelajar kami. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membantu meringankan kos perubatan dan rawatan pelajar maahad yang tidak berkemampuan dari segi kewangan. Hal ini kerana kebanyakan pelajar datang dari keluarga asnaf dan anak yatim.
Di maahad kami terdapat pelajar-pelajar yang merupakan anak yatim dan juga asnaf yang langsung tidak mampu membayar yuran pengajian malahan tiada duit poket untuk membeli kelengkapan peribadi dan juga ubat-ubatan. Jadi, kempen ini bertujuan untuk membantu anak-anak pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan ini bagi membantu mereka saat kecemasan atau kemalangan seperti demam, sakit dan sesak nafas.
Dengan melakukan kebaikan terhadap anak-anak tahfiz ini para dermawan sedang menyediakan bekalan kehidupan akhirat yang bernilai tinggi. Amalan infaq yang dilakukan, terutamanya dalam menyokong pendidikan dan ilmu agama, adalah satu pelaburan yang akan terus memberi manfaat dan pahala di akhirat kelak.
Akhir kata, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memberi dengan ikhlas dan membantu orang lain, terutamanya dalam urusan agama dan pendidikan. Semoga kemurahan hati para dermawan ini diterima dan diberkati oleh Allah, serta diberi kebaikan dan kesejahteraan dalam dunia dan akhirat. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023
MOHD YAKOP IKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023