Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 16, 2023
RM20 / 0.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
2 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengajak saudara-saudari untuk melakukan amal kebaikan dan menabung pahala jariyah dengan berinfaq untuk kos pendawaian elektrik bagi bilik pengajian di maahad kami. Tenaga elektrik adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian para pelajar kami yang sedang gigih menuntut ilmu agama dan belajar Al-Quran. Oleh itu, tujuan kempen ini diadakan bagi mengumpul dana untuk menyiapkan kerja-kerja pendawaian elektrik ini secepat yang mungkin.
Dengan adanya bekalan elektrik yang selamat akan memudahkan banyak urusan kehidupan seharian manusia dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan seperti di sekolah atau maahad. Menuntut ilmu merupakan satu amal yang mulia di sisi agama sehingga para malaikat sentiasa menebarkan sayapnya buat para penuntut ilmu. Mulai RM10 mari mendukung projek pendawaian elektrik ini membantu anak-anak asnaf dan yatim mengejar cita-cita mereka untuk menjadi huffaz yang bermanfaat untuk ummah kelak.
Sumbangan infaq kalian untuk kos pendawaian bilik pengajian kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim di maahad kami adalah satu tindakan mulia yang akan memberikan manfaat besar kepada mereka. Ini dapat memastikan agar mereka memiliki persekitaran maahad yang baik dan selamat untuk menuntut ilmu serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga Allah SWT meluaskan rezeki dan mengurniakan ganjaran yang melimpah buat para penyumbang. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2023