Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 26, 2023
RM269 / 8.97 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan rendah hati pihak maahad ingin memohon bantuan dan sumbangan daripada para dermawan yang mulia untuk membantu kami dalam usaha memperbaiki bumbung surau di maahad pelajar muslimat kami. Surau merupakan tempat yang para pelajar kami banyak meluangkan masa harian mereka di maahad, namun keadaan bumbung surau yang uzur walaupun sudah beberapa kali dibaiki kerap juga berlaku kebocoran apabila terjadinya ribut, angin kuat dan hujan yang sangat lebat.
Surau di maahad ini bukan sahaja menjadi tempat beribadah bagi pelajar kami, tetapi juga merupakan tempat pembelajaran Al-Quran dan pengajian ilmu agama yang sangat penting dalam pendidikan Islam di maahad kami. Namun, surau ini mengalami masalah serius pada bumbungnya yang menimbulkan ketidakselesaan dan risiko keselamatan pelajar kami. Di bawah kami sertakan gambar kebocoran air hujan yang berlaku pada minggu ini di dalam surau semasa kelas sedang berjalan.
Tujuan kempen ini diadakan untuk menggumpul dana bagi membolehkan pihak kami menggantikan bumbung surau yang rosak dengan yang baharu, serta melakukan penyelenggaraan lain yang diperlukan bagi menjadikan surau sebagai tempat yang lebih selamat dan selesa untuk pelajar kami. Setiap sumbangan yang dihulurkan sama ada besar atau kecil sangat berharga dan akan membantu pihak kami mengatasi masalah ini secepat yang mungkin.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan dapat turut serta dalam usaha untuk meningkatkan fasiliti di maahad kami. Semoga apa yang diinfaqkan menjadi amal jariyah yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kami dan komuniti Islam di sekitar Pekan Ayer Hitam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 27, 2023
HISYAMUDDIN BIN MOHMAD SHAH
Menyumbang sebanyak RM24.00
Oct 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 27, 2023